Ahad, 31 Oktober 2010

Cinta

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada
tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari
langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan
menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana
embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain
perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di
sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang
tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=163966436957273&set=a.163181650369085.33361.100000317539412&type=1