Ahmad Aliff Azham
Perkataan ihram berasal daripada perkataan Arab: أَحْرَمَ يُحْرِمُ
إِحْرَامًا yang membawa maksud menjadikan ia haram. Iaitu apabila
seseorang memulakan takbiratul ihram maka ia seolah-olahnya dengan rela
hati mengharamkan apa-apa yang sebelum takbiratul ihram itu halal.
Contohnya seperti makan. Makan adalah halal dan minum juga adalah halal. Tetapi kalau seseorang memulakan takbiratul
ihram (untuk menunaikan solat) maka, seolah-olahnya dia dengan rela
hatinya mengharamkan makan dan minum ke atas dirinya yang mana sebelum
dia takbiratul ihram, ia adalah halal baginya.
==============================
orang takbirotul ihram itu mengangkat tangannya tanda mengambil sumpah
dan janji hati utk suatu perkara yaitu mengagungkan Allah.....
Maka banyak hal2 menjadi haram baginya utk dilakukan sampai selesai masa
ibadahnya, agar hal2 itu tidak mengacaukan niatan hati dan
fokusnya.....
Demikian ketika engkau bersumpah setia dan
memegang janji hati, untuk masa ibadah dan penyelaman, mendekatkan diri
mencari Tuhan, memfokuskan diri kepada Allah, maka dalam masa lelaku itu
banyak hal haram kepadamu sampai waktunya selesai......
Diumpamakan spt orang yang sedang berihram...... Faham niatannya, faham tujuannya dan fokus jalannya.....