SEMAR MBANGUN KAYANGAN...... trok tok tok...... derrrrr
==========================
SEMAR ==> BAMBANG ISMOYO ==> UMARMOYO ==> UMAR UMAYYAH ==> UMAR BIN ABDUL AZIZ UMAYYAH
==========================
Adalah cicit dari Sayyidina umar bin khotob.
Umar dilahirkan sekitar tahun 682. Beberapa tradisi menyatakan ia
dilahirkan di Madinah, sedangkan lainnya mengklaim ia lahir di Mesir.
Umar dibesarkan di Madinah, di bawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang
periwayat hadis terbanyak
Umar menjadi khalifah menggantikan
Sulaiman yang wafat pada tahun 716. Ia di bai'at sebagai khalifah pada
hari Jumat setelah salat Jumat. Hari itu juga setelah ashar, rakyat
dapat langsung merasakan perubahan kebijakan khalifah baru ini.
Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan
mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur
Rasyidin) memerintah. Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak
kalah dengan 4 khalifah pertama itu. Gajinya selama menjadi khalifah
hanya 2 dirham perhari[3] atau 60 dirham perbulan. Karena itu banyak
ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah
Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. Menurut
riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya.
Seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid dalam keadaan
bertanya-tanya, siapa khalifah mereka yang baru. Raja’ Ibn Haiwah
mengumumkan, "Bangunlah wahai Umar bin Abdul-Aziz, sesungguhnya nama
engkaulah yang tertulis dalam surat ini".
Umar bin Abdul-Aziz
bangkit seraya berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya jabatan ini
diberikan kepadaku tanpa bermusyawarah dahulu denganku dan tanpa pernah
aku memintanya, sesungguhnya aku mencabut bai’ah yang ada dileher kamu
dan pilihlah siapa yang kalian kehendaki".
Umat tetap menghendaki
Umar sebagai khalifah dan Umar menerima dengan hati yang berat, hati
yang takut kepada Allah dan tangisan. Segala keistimewaan sebagai
khalifah ditolak dan Umar pulang ke rumah.
Hari kedua dilantik
menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya,
beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan
tiada kitab selepas al-Quran, aku bukan penentu hukum malah aku
pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang
mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu
sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan
kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang
yang paling banyak dosa di sisi Allah” Beliau kemudian duduk dan
menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul
Aziz.
Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur
isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai
isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang
teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya
ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para
fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di
akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka
sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka
adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.
Umar Ibn Abdul Aziz mula memeritah pada usia 36 tahun sepanjang tempoh 2
tahun 5 bulan 5 hari. Pemerintahan beliau sangat menakjubkan. Pada
waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima
zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan
kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal
lain.
====================================
Hubungan Umar dengan bani Jawi (Indonesia).
====================================
Tercatat Raja Sriwijaya pernah dua kali mengirimkan surat kepada
khalifah Bani Umayyah. Yang pertama dikirim kepada Muawiyah I, dan yang
ke-2 kepada Umar bin Abdul-Aziz. Surat kedua didokumentasikan oleh Abd
Rabbih (860-940) dalam karyanya Al-Iqdul Farid. Potongan surat tersebut
berbunyi:[4]
Dari Rajadiraja...; yang adalah keturunan seribu
raja ... kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan yang lain
dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya
merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda
persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang
dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya
hukum-hukumnya.
====================================
Hari-hari terakhir Umar bin Abdul-Aziz
Umar bin Abdul-Aziz wafat disebabkan oleh sakit akibat diracun oleh
pembantunya. Umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup
khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju
khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah
miliki".
Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”
Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa"
"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"
"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang
soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mau
meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu
menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah"
Pada waktu lain,
Umar bin Abdul-Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai
anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama :
menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu
miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam surga (kerana tidak
menggunakan uang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah
memilih surga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)
Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak
gubernur lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa
setelahnya, keturunan Umar bin Abdul-Aziz adalah golongan yang kaya
berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul-Aziz.