October 8, 2011 at 6:11am
"Jika
engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka, maka milikilah
prasangka yang baik tentang Tuhan . Begitulah caranya! . Jika engkau
hanya mampu merangkak, maka merangkaklah kepadaNya! Jika engkau belum
mampu berdoa dengan khusyuk, maka tetaplah persembahkan doamu yang
kering, munafik dan tanpa keyakinan; kerana Tuhan, dengan rahmatNya akan
tetap menerima mata uang palsumu! Jika engkau masih mempunyai seratus
keraguan mengenai Tuhan, maka kurangilah menjadi sembilan puluh
sembilan saja. Begitulah caranya! Wahai pejalan! Biarpun telah seratus
kali engkau ingkar janji, ayuhlah datang, dan datanglah lagi! Kerana
Tuhan telah berfirman: “Ketika engkau melambung ke angkasa ataupun
terpuruk ke dalam jurang, ingatlah kepadaKu, kerana Akulah jalan itu.”
~Jalaluddin Rumi